Halaman

1 Jun 2011

cara sembunyikan folder di windows

Bagaimana anda menyembunyikan folder anda? Kepada mereka yang sudah biasa dengan Windows, mereka akan klik kanan > Properties > tandakan pada Hidden dan klik OK.
Tetapi ada satu lagi cara yang lebih menarik. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder2 lain. Ia hanya menyembunyikan folder tersebut dari pandangan.
Paling menarik walaupun anda tukar ke ‘Show Hidden File’ sekalipun, folder ini tidak akan kelihatan!
Caranya adalah:


  1. Buat satu folder di mana sahaja tempat yang anda suka (klik kanan > New > Folder)
  2. Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.
  3. Tekan butang ‘Alt‘ (selalunya sebelah spacebar) dan taip ‘0160‘ (mesti menggunakan Numpad – nombor-nombor yang di sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.
  4. Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!
  5. Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tidak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)



Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda tidak kelihatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik dan alami Traffik yang datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...